Ambil Transkrip dan Surat Tamat Pengajian semasa PKP Pemulihan (PKPP) | UiTM | 2020

Hai! Sini saya nak ceritakan pengalaman saya mengambil full transkrip dan surat tamat pengajian UiTM semasa musim PKP Pemulihan (PKPP). Saya tahu mungkin benda ni tak adalah sulit sangat tapi mungkin ada juga yang nak tahu macam mana dan dekat mana nak ambil jadikan saya ceritakan sajalah pengalaman saya. Mungkin berbeza dengan yang lain sbb lain kampus mungkin lain cara nya.

Hari tu saya decide nak pegi uitm sbb nak ambil transkrip dan surat sah tamat pengajian sebab saya dah habis study sejak Januari hari tu. Disebabkan PKP dan musim covid 19 ni, jadi saya memang tak berpeluang langsung lah nak ke uitm utk uruskan hal pengajian saya.

 So, lps habisnya tempoh pkp..baru la saya ada peluang nak pergi melawat kampus kesayanganku itu. Nak ambil transkrip dan surat sah tamat belajar ni mesti ambil kat pejabat Hal Ehwal Akademik(HEA) okay. Masa saya dekat sana, hanya dua orang sahaja dibenarkan masuk untuk membuat urusan dalam satu masa okay? SOP is a must! Macam biasa juga, perlu tulis nama dan ambil suhu apa semua. Lepas tu, bagitau lah dekat officer yang di kaunter tu apa tujuan korg datang. Lepas saya bgtau tujuan saya datang tu, mereka pun suruh saya isi detail yang ada dalam buku..dlm buku tu korg akan isi nama, nombor id, kod programme dan tujuan korg datang kat sana. Simple. Kalau korg nak ambik transkrip memang perlu byr RM1 la k. Tapi disebabkan kita skrg di musim covid 19 ni, jadi korg akan disuruh scan barcode yg mmg dorg dh sedia khas utk sapa2 yang nak ambil transkrip etc. Lps korg scan barcode tu, korg just isi apa yg diminta dlm tu..lps tu..bil byr transkrip tu akan dijana dalam student portal korg. So lps bil tu sudah dijana..dah keluar dlm student portal korg, korg blh lah byr terus. RM1 sahaja.

 Saya tahu mesti ada yang tertanya kenapa perlu masuk dalam bil? Kenapa tak bayar terus dekat kaunter? RM1 jak pun? Hahahaha… saya pun tak tahu kenapa tapi bagi saya kalau dah itu prosedur yang mereka tetapkan jadi kita ikut sajalah. Kita tak rugi apa2 pun.

 Lps dah scan apa semua tu, korg tggu lah staff tu siapkan document korg k. Tak lama pun, sekejap sahaja, boleh dpt hari tu juga. Tapi kalau ada banyak yang datang minta transkrip apa semua dan mereka pun busy, mungkin dalam masa 2-3 hari mcm tu korg boleh ambil dkt HEA. Saya nak puji dorg staff dekat HEA tu, sbb layanan dorg sangat baik. Mereka terangkan satu persatu macam mana prosedur dekat sana sebab banyak yang kita tak tahu apa yang dah berubah disebabkan musim covid 19 ni kan so saya bersyukur sebab mereka sudi layan pertanyaan saya berkaitan dengan clearance apa semua. Oh yaa..saya belum ada kesempatan nak buat clearance lagi hahah..

 Itu saja yang saya nak share. Tak sesulit mana pun ehehe. Kalau korg baru habis study, jangan lupa minta transkrip dan surat tamat pengajian k. Dua benda ni penting untuk mohon apa2 keja yang korg nak. Janganlah tunggu konvo baru nak ambil k..

 Terima kasih kerana sudi membaca!

 

 

 

Comments

Popular posts from this blog

Belajar bahasa Kenyah | Dalam bentuk perbualan | 2020

Jom Belajar Bahasa Kenyah! -Part 5-

Jom Belajar Bahasa Kenyah! Part 4