PLKN menakutkan? PLKN tak best? TERPILIH SEBAGAI PELATIH PLKN!

Yeke PLKN tak best? Buang masa?  HEY! Belum cuba belum tau.. Aku pun sama je dgn org lain masa dapat tahu terpilih untuk menyertai PLKN. Sedih, marah, kecewa..rasa nak nangis pun ada. Tahla aku punya kem plkn jauh beribu batu dari rumah aku. MERENTASI LAUT CHINA SELATAN TAU...ha..kau ada?  Aku kat Sarawak then tetibe plak dah dpt kem plkn kat Semenanjung. Mana tak sedih... Haha.. P biasalah semua tu...kita ni semua manusia biasa...takkan lari daripada perasaan tu punya... Chill babe..chill... THINK POSITIVE.. :)

Ha! 1-2 minggu pertama korg kat sana mmglah korg akan rasa sedihlah..home-sick pa semua.. p cayalah..bila korg dah start semua aktiviti, korg akan rasa best...sbb aktiviti2 dia semua best.. Serius, aktiviti yg korg akan buat semuanya aktiviti yg korg akan minat...diaorg takkan buat aktiviti yang buat korg boring.. Sblh2nya semua jurulatih plkn nak korg enjoy setiap aktiviti. Kiranya mcm PLKN ni pikir juga pasal minat kita sebagai seorg remaja.  Korg akan hapi buat semua aktiviti ni.. Jurulatih2 PLKN ni tau mcm mana nak jdikan sesuatu aktiviti tu menyeronokkan bagi korg. Lainlah kalau korg seorg yg mmg x suka bergaul dgn org...buat hal sendiri je...tu salah korg...jgn nk slhkn org lain... korg sepatutnya enjoy and libatkan diri sekali dalam setiap aktiviti..then baru korg akan tau keseronokkannya..

Jgn risaulah kalau terpilih sebagai pelatih plkn. UNTUNG KORG TAU! Di-SPONSOR kerajaan. Kalau tak silap aku...setiap daripada pelatih PLKN ni kerajaan sponsor sbyk RM5000. Bygkan, RM5000 sorg! PLKN ni kira mcm korg pergi travel tau...pegi melancong...buat sesuatu yg adventure...korg perlu bawa diri korg je...bertuah tau sapa2 yg terpilih sebagai Pelatih PLKN ni. Bila dah dapat peluang tu, gunalah dgn sehabis baik. Timbalah pengalaman yg sbyk2nya sbb PLKN ni lah tempatnya utk korg bljr bagaimana utk hidup berdikari, menjadi seorg yg lebih dewasa, ajar korg bagaimana utk menghadapi masa depan...byk ilmu yg korg akan dpt...dan secara tak langsung byk advantage yg korg akan perolehi. THINK POSITIVE K! Byk2 kan doa...supaya hati tu tenang dan lebih bersedia.. Peace! 

Bila korg balik nanti, cayalah..korg akan rasa bangga dgn diri korg... sbb apa yg korg tempuhi selama 3 bulan dekat kem PLKN bknlah sesuatu yg mudah...sbb dekat sana nantilah korg akan banyak struggle dgn diri korg sendiri..maksud aku..korg akan buat something yg akan mencabar diri korg sendiri..tak kisahlah dari segi mental, emosi, fizikal ataupun rohani. Di situlah, korg akan lebih mengenali diri sendiri dan lebih menghargai diri korg seadanya. SO, BE PROUD!!



p/s: SAYA ADALAH WIRAWATI DARI KOMPENI BRAVO DI KEM PLKN JUGRA, BANTING, SELANGOR SIRI 10/2013!

Comments

Popular posts from this blog

Belajar bahasa Kenyah | Dalam bentuk perbualan | 2020

Jom Belajar Bahasa Kenyah! -Part 5-

Jom Belajar Bahasa Kenyah! Part 4