Posts

Showing posts from August, 2020

Belajar bahasa Kenyah | Dalam bentuk perbualan | 2020

Hi! Inu denga? Lama dah tak update tentang belajar bahasa Kenyah. Sebenarnya saya tak sangka banyak yang berminat nak belajar bahasa Kenyah. Jadi kalau ada antara kamu yang tengah baca ni sebab mahu belajar bahasa Kenyah, terima kasih sangat-sangat sebab kamu ada usaha mahu belajar bahasa Kenyah dan terima kasih juga sebab sudi baca blog saya yang tak seberapa ni. Tiga tawai! Saya sudah share bahasa Kenyah yang basic di post saya yang lain. Jadi untuk post yang ini, saya share perbualan dalam bahasa Kenyah. Mungkin ada ayat yang berulang di post saya yang lain juga, jadi saya minta maaf okay. Sekali lagi saya nak bagitau yang bahasa Kenyah yang saya share ni adalah bahasa Kenyah Long Bangan Belaga. Dialek bahasa Kenyah ni adalah berbeza-beza mengikut tempat tapi bunyi dia hampir sama. Okay, saya tahu yang kamu takkan baca ayat2 saya yang panjang ni...jadi jom belajar bahasa kenyah! Perbualan ini saya buat secara random sahaja lah ya.   Perbualan dalam bentuk pertanyaan : Apa kamu buat

Ambil Transkrip dan Surat Tamat Pengajian semasa PKP Pemulihan (PKPP) | UiTM | 2020

Hai! Sini saya nak ceritakan pengalaman saya mengambil full transkrip dan surat tamat pengajian UiTM semasa musim PKP Pemulihan (PKPP). Saya tahu mungkin benda ni tak adalah sulit sangat tapi mungkin ada juga yang nak tahu macam mana dan dekat mana nak ambil jadikan saya ceritakan sajalah pengalaman saya. Mungkin berbeza dengan yang lain sbb lain kampus mungkin lain cara nya. Hari tu saya decide nak pegi uitm sbb nak ambil transkrip dan surat sah tamat pengajian sebab saya dah habis study sejak Januari hari tu. Disebabkan PKP dan musim covid 19 ni, jadi saya memang tak berpeluang langsung lah nak ke uitm utk uruskan hal pengajian saya.   So, lps habisnya tempoh pkp..baru la saya ada peluang nak pergi melawat kampus kesayanganku itu. Nak ambil transkrip dan surat sah tamat belajar ni mesti ambil kat pejabat Hal Ehwal Akademik(HEA) okay. Masa saya dekat sana, hanya dua orang sahaja dibenarkan masuk untuk membuat urusan dalam satu masa okay? SOP is a must! Macam biasa juga, perlu tulis na